Skip to content
Yusra Bestari Resources

Yusra Bestari Resources

Kelas Membaca Online

Menu
  • HOME
  • TESTIMONI KLIEN
  • SUASANA KELAS MEMBACA
  • BAHAN MEMBACA
  • TUTOR ONLINE
  • BACAAN SANTAI
Menu

TESTIMONI KLIEN

KELAS MEMBACA 2024 - 2025

Harraz berumur 9 tahun ketika mula belajar membaca (Bahasa Inggeris) dengan Miss Titiana.
.
Permulaan kelas, Harraz keliru dengan bunyi huruf. Miss Titiana mengajar Bahasa Inggeris menggunakan kaedah phonics.
.
Beberapa bulan selepas itu, bacaan Harraz semakin baik dan sangat minimum kesalahan semasa membaca.
.
Banyak membaca dapat bantu menambah perkatan-perkataan baru. Tahniah buat Harraz dan terima kasih kepada Miss Titiana yang tak jemu-jemu membimbing Harraz 😊
Ammar berusia 6 tahun ketika mendaftar kelas membaca Bahasa Melayu. Ketika itu Ammar dalam fasa mengenali suku kata terbuka.
.
Belajar dengan Cikgu Fatihah Auna, Ammar menunjukkan minat yang tinggi kerana pengajaran Cikgu Auna yang menarik.
.
Mula kelas pada pertengahan Ogos 2024, kini Ammar sudah boleh membaca perkataan panjang yang mengandungi konsonan bergabung (KVKK) seperti “petang” dan “helang”
.
Ammar melangkah setapak lagi ke depan dengan belajar membaca Bahasa Inggeris pula. Semoga Ammar semakin maju dan cemerlang. Minat belajar merupakan ciri-ciri orang berjaya 😊
Puan Maizatul mendaftarkan Aryan pada pertengahan bulan Julai 2024. Ketika mula belajar, Aryan berumur 8 tahun.
.
Tidak lah terlalu ketinggalan cuma masih merangkak untuk membaca suku kata tertutup. Pada bulan Oktober, Cikgu Aini mendedahkan Aryan dengan buku cerita pendek. Aryan juga menjawab soalan pemahaman dengan baik.
.
Aryan membuktikan ada peningkatan prestasi yang baik dengan memperoleh A dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah. Syabas diucapkan kepada Aryan dan terima kasih kepada Cikgu Aini yang komited dalam membantu Aryan hingga lancar membaca😊
Permulaan kelas, masih belum lancar membaca suku kata tebuka KVKV seperti nasi, tali, beca
.
Khadeejah mula belajar membaca di Yusra Bestari pada pertengahan Julai tahun lepas di usia 6 tahun. Cikgu Nisa konsisten dan komited membantu Khadeejah belajar membaca secara mengeja.
.
Hanya mengambil masa 4 bulan sahaja, Khadeejah sudah dapat membaca dengan lancar. Alhamdulillah. Bahkan kelas terakhir dengan Cikgu Nisa pun, Khadeejah menunjukkan minat untuk belajar membaca English pula.
.
Syabas dan tahniah Khadeejah!👏👏👏
Semoga Khadeejah terus cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah, alhamdulillah🥰
Terima kasih Cikgu Auna ajar Aryan membaca Jawi 🥹 .
.
Asalnya tutor lain yang mengajar Aryan tetapi atas kekangan tertentu, terpaksa pula tukar tutor.
.
Kelas secara individu (one to one). Cikgu Auna fokus mengajar Aryan seorang sahaja dalam kelas online ini.
.
Pengajaran dan pembelajaran dua hala. Jika Aryan tidak tahu atau kurang faham, boleh sahaja bertanya Cikgu Auna secara terus. Tidak perlu malu atau segan.
.
.
Alhamduillah. Cikgu Liza akan sentiasa berusaha aturkan guru terbaik untuk mengajar pelajar-pelajar di Yusra Bestari. Jika ada pertanyaan tentang kelas, boleh klik link di bio 👆
Sangat mengujakan apabila ibu ayah berkongsi peningkatan pembelajaran anak dengan Cikgu. Terharu 🥹
.
Affan mula belajar membaca di Yusra Bestari pada usia 6 tahun. Puan Diyana cakna awal untuk bantu Affan buat persediaan sebelum masuk ke tahun 1 pada 2025.
.
Permulaan pembelajaran, Affan masih belum kenal huruf sepenuhnya dan masih merangkak bacaan bagi suku kata terbuka.
.
Alhamdulillah, belajar secara santai sahaja dengan 4 sesi kelas sebulan, Affan menunjukkan prestasi membanggakan apabila dapat memperoleh markah 92% dalam ujian di tadika. Terima kasih Cikgu Amirah dan Cikgu Syafikah. Puan Diyana juga membantu bacaan di rumah.
.
Cikgu doakan semoga Affan terus cemerlang dengan jayanya apabila masuk ke tahun 1 nanti 🥰
Awal Febuari ini masih belum terlambat bagi ibu ayah daftarkan anak ke kelas online kami.
.
Belajar santai-santai sahaja, 4 sesi sebulan cukup untuk bantu anak lancar membaca.
.
Arfan 9 tahun mula belajar pada bulan Mac 2024. Bukanlah mengambil masa yang terlalu lama untuk habiskan skelas membaca ini, cuma kekangan masa membuatkan Arfan tidak dapat hadir ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan.
.
Ikut kiraan sebenar, jika betul-betul komited datang ke kelas, mungkin Arfan boleh habiskan kelas membaca lebih awal. Apa pun tahniah Arfan kerana ada peningkatan yang baik dalam pembacaan.
.
Di akhir pembelajaran, Arfan sudah boleh membaca buku cerita pendek dengan Cikgu Aini. Terima kasih Cikgu Aini kerana banyak membantu Arfan 😊
Aisyah pelajar yang bijak, cuma masalah kesihatan dari kecil membuatkan Aisyah agak ketinggalan untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.
.
Pada usia 8 tahun, Aisyah belajar membaca secara online dengan cikgu Wan Asma di Yusra Bestari. Aisyah mula kelas pada awal Febuari 2024.
.
Pada bulan Ogos tahun yang sama, Aisyah sudah mula membaca petikan dan buku cerita pendek. Dari hari ke hari pembacaan Aisyah semakin lancar dan laju.
.
Awal tahun ini Aisyah mula belajar subjek English pula dengan teacher Amalina. Semoga Aisyah semakin lancar dalam pembacaan dan cemerlang di dalam subjek lain juga. Amin.

TESTIMONI KELAS MEMBACA 2018 - 2023

©2025 Yusra Bestari Resources | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb